Diri Kami

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.

Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.


Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita Nabi MUHAMMAD S.A.W

______________________________________________________

Kami dari kumpulan 7 menuntut di Politeknik Nilai mengucapkan Selamat Datang ke blog kami. Kami mempunyai empat orang penghuni dalam blog ini.


IZZFIZAM SHAH, LUKMAN HADI, IRFAN NA'IM dan MUHAMMAD RIDHA

Thursday 4 September 2014

Pengenalan: Peranan Akhbar dan Majalah



PENGENALAN.

Akhbar memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri-negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu ini adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang Melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.

Wednesday 3 September 2014

        OBJEKTIF KAJIAN
·      *  Mengetahui peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan semangat kebangsaan.

*Mengenal pasti kesan pengaruh akhbar dan majalah terhadap pembentukan semangat        kebangsaan.

...............................................................****************.......................................................


PERANAN PENGARUH AKHBAR DAN MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KEBANGSAAN.





DARI SEGI POLITIK

Dari segi politik,ia lahir dalam kalangan masyarakat melayu ekoran tekanan daripada bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun 1920-an.Parti-parti politik telah ditubuhkan dan sebahangian besarnya memperjuangkan konsep “Tanah Melayu untuk Orang Melayu”.Persatuan-persatuan melayu disetiap negeri mula lahir dan kebanyakkannya mempunyai motif perjuangan yang sama.Walaubagaimanapun,bagi golongan yang lebih radikal,mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 yang memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk “Melayu Raya”.Perjuanagan KMM lebih kepada prinsip tidak berkerjasama dengan kerajaan British.Namun,perjuangan KMM kurang mendapat sambutan kerana konsep penyatuannya dengan Indonesiadianggap terlalu radikal dan sukar diterima oleh orang melayu.Kesannya,semangat perjuangan yang diperjuangkan oleh parti-parti politik ini didapati Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah.




DARI SEGI EKONOMI

Dari segi ekonomi pula,perjuangan lebih bersifat sekular dan tumpuan diberikan kapada kedudukan sosioekonomi orang melayu.Konsep Pan-Islamisme semakin kurang dibangkitkan.Perjuagan ini lahir ekoran kesedaran tentang masyarakat melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi dan politik berbanding kaum lain.Perjuangan pada peringkat ini dipelopori oleh golongan yang mendapat pendidikan melayu,terutama dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang dibuka pada tahun 1922 dan sebahagian golonga elit melayu yang mendapat pendidikan inggeris.Seterusnya, perjuagan ini dilestarikan melalui kelahiran kesatuan-kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura pada tahun 1926.Kesatuan ini berperanan memastikan orang Melayu tidak ketinggalan memperoleh manfaat atas sebarangan pemodenan yang dilaksanakan oleh kerajaan.Manakala, golongan yang berpendidikan Melayu pula telah menubuhkan Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) pada tahun 1934 untuk memperjuangkan pemulihan sosioekonomi orang Melayu.


DARI SEGI KEAGAMAAN

Dari segi keagamaan, nasionalisme Melayu di tanah Melayu dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang berlangsung di Timur Tengah, terutama di Turki dan Mesir pada hujung abad ke-19.Gerakan di Timur Tengah itu dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan kumpulan penyokongnya ‘Al-Manar’ di Kaherah.Kumpulan ini memperjuangkan konsep Pan-Islam iaitu pembebasan agama Islam daripada fahaman kuno.Perjuangan ini juga, dikenali sebagai ‘Pembaharuan Islam’ atau ‘Gerakan Wahabi’. Fahaman ini telah mempengaruhi pelajar-pelajar Melayu disana yang dipimpin oleh Sheikh Tahir jalaluddin dan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Mereka menggelar kumpulan mereka sebagai Kaum Mudah dan menerbitkan beberapa buah majalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan dan Saudara atas tujuan menyebarkan ideology-ideologi mereka. Melalui majalah-majalah ini, mereka menyampaikan matlamat perjuangan mereka, seperti perlunya pembaharuan dan mengkritik kelemahan kerajaan. Dalam majalah Al-Imam, Kaum Muda pernah mengkritik pentadbiran British. Selain itu, Kaum Muda turut menggalakkan masyarakat menubuhkan persatuan-persatuan untuk pembangun masyarakat, libelisasi dalam pendidikan agama, kebebasan kaum wanitadan pemodenan. Namun, perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan Kaum tua yang terdiri daripada golongan elit Melayu tradisional dan ulama. Fahaman mereka lebih konservatif dan agak sukar menerima pembaharuan-pembaharuan yang diutarakan oleh Kaum Muda. Selepas tahun 1920-an, gerakan nasionalis orang Melayu mula berubah dan diambil alih oleh golongan yang lebih sekular. Namun, tidak dinafikan perjuangan oleh Kaum Muda sangat besar manfaat kepada masyarakat Melayu kerana Berjaya membangkitkan kesedaran kebangaan dalam mengatasi kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain.

Tuesday 2 September 2014

KESAN-KESAN AKHBAR DAN MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KEBANGSAAN.


DARI SEGI POLITIK:

Dari segipoitik, penduduk Tanah Melayu mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu contohnya kuasa raja terbatas dari segi pentadbiran negara dan kedudukan raja setaraf dengan rakyat biasa cuma mereka hanya mempunyai dan menyimpanalat-alatkebesaran negara.Selainitu, merekamengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya terhadap penduduk Tanah Melayu. Seterusnya menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran di Tanah Melayu.hal ini merunsingkan pemikir-pemikir tanah air yang ingin membebaskan Negara dari jajahandantaklukanBritish.Justeru, menuntut Malay Administrative Service (M.A.S) diadakan untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan supaya dapat memberi peluangkepada orang melayuuntukmentadbirdan menguruskan hal ehwal negara. Oleh itu, menyeru Orang Melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan dan menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.


DARI SEGI EKONOMI :

Dari segi ekonomi ia menggalakkan syarikat-syarikat bekerjasama dengan orang Melayu meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan. Justeru ,dapat menggalakkan perniaga andalam kalangan penduduk di Tanah Melayu contohnya perniagaan perabot berasaskan kayu yang menjadikepakaran orang melayu pada masa itu.Pembesar-pembesar Melayu melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu supaya dapat mengekalkan hak-hak mereka. Seterusnya pembesar menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan supaya tidak menggadai tanah yang dimiliki contohnya mereka tidak digalakkan menjual tanah-tanah mereka kepada imigran-imigran luar .Pembesar-pembesar juga meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur sebagai pusat penempatan orang Melayu kerana ini dapat mengekalkan hak istimewa orang melayu itu sendiri.



DARI SEGI SOSIAL ATAU PENDIDIKAN :


Dari segi sosial atau pendidikan ianya dapat memajukan pendidikan tinggi orang Melayu serta menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.Seterusnya, menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dalam menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak di tanah melayu. Pendidikan juga dapat mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan contohnya pembinaan kapal, senjata-senjata dan hiasan istana. Oleh yang demikian, hal ini dapat mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan penduduk di tanahmelayu.Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.Seterusnya, menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam dalam mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu di Tanah Melayu.