OBJEKTIF
KAJIAN
· * Mengetahui
peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan semangat kebangsaan.
...............................................................****************.......................................................
PERANAN PENGARUH AKHBAR DAN MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT
KEBANGSAAN.
DARI SEGI POLITIK
Dari segi politik,ia lahir dalam kalangan masyarakat
melayu ekoran tekanan daripada bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun
1920-an.Parti-parti politik telah ditubuhkan dan sebahangian besarnya
memperjuangkan konsep “Tanah Melayu untuk Orang Melayu”.Persatuan-persatuan
melayu disetiap negeri mula lahir dan kebanyakkannya mempunyai motif perjuangan
yang sama.Walaubagaimanapun,bagi golongan yang lebih radikal,mereka telah
menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 yang memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk “Melayu
Raya”.Perjuanagan KMM lebih kepada prinsip tidak berkerjasama dengan kerajaan
British.Namun,perjuangan KMM kurang mendapat sambutan kerana konsep
penyatuannya dengan Indonesiadianggap terlalu radikal dan sukar diterima oleh
orang melayu.Kesannya,semangat perjuangan yang diperjuangkan oleh parti-parti
politik ini didapati Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang melayu
untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
DARI SEGI EKONOMI
Dari segi ekonomi pula,perjuangan lebih bersifat sekular
dan tumpuan diberikan kapada kedudukan sosioekonomi orang melayu.Konsep
Pan-Islamisme semakin kurang dibangkitkan.Perjuagan ini lahir ekoran kesedaran
tentang masyarakat melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi dan politik
berbanding kaum lain.Perjuangan pada peringkat ini dipelopori oleh golongan
yang mendapat pendidikan melayu,terutama dari Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) yang dibuka pada tahun 1922 dan sebahagian golonga elit melayu yang
mendapat pendidikan inggeris.Seterusnya, perjuagan ini dilestarikan melalui
kelahiran kesatuan-kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura pada tahun
1926.Kesatuan ini berperanan memastikan orang Melayu tidak ketinggalan
memperoleh manfaat atas sebarangan pemodenan yang dilaksanakan oleh
kerajaan.Manakala, golongan yang berpendidikan Melayu pula telah menubuhkan
Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) pada tahun 1934 untuk memperjuangkan pemulihan
sosioekonomi orang Melayu.
DARI SEGI KEAGAMAAN
Dari segi keagamaan, nasionalisme Melayu di tanah Melayu
dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang berlangsung di Timur Tengah,
terutama di Turki dan Mesir pada hujung abad ke-19.Gerakan di Timur Tengah itu
dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan kumpulan penyokongnya ‘Al-Manar’ di
Kaherah.Kumpulan ini memperjuangkan konsep Pan-Islam iaitu pembebasan agama
Islam daripada fahaman kuno.Perjuangan ini juga, dikenali sebagai ‘Pembaharuan
Islam’ atau ‘Gerakan Wahabi’. Fahaman ini telah mempengaruhi pelajar-pelajar
Melayu disana yang dipimpin oleh Sheikh Tahir jalaluddin dan Syed Sheikh Ahmad
Al-Hadi. Mereka menggelar kumpulan mereka sebagai Kaum Mudah dan menerbitkan
beberapa buah majalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan dan Saudara atas tujuan
menyebarkan ideology-ideologi mereka. Melalui majalah-majalah ini, mereka
menyampaikan matlamat perjuangan mereka, seperti perlunya pembaharuan dan
mengkritik kelemahan kerajaan. Dalam majalah Al-Imam, Kaum Muda pernah
mengkritik pentadbiran British. Selain itu, Kaum Muda turut menggalakkan
masyarakat menubuhkan persatuan-persatuan untuk pembangun masyarakat, libelisasi
dalam pendidikan agama, kebebasan kaum wanitadan pemodenan. Namun, perjuangan
Kaum Muda mendapat tentangan Kaum tua yang terdiri daripada golongan elit
Melayu tradisional dan ulama. Fahaman mereka lebih konservatif dan agak sukar
menerima pembaharuan-pembaharuan yang diutarakan oleh Kaum Muda. Selepas tahun
1920-an, gerakan nasionalis orang Melayu mula berubah dan diambil alih oleh
golongan yang lebih sekular. Namun, tidak dinafikan perjuangan oleh Kaum Muda
sangat besar manfaat kepada masyarakat Melayu kerana Berjaya membangkitkan
kesedaran kebangaan dalam mengatasi kemunduran mereka berbanding dengan kaum
lain.
No comments:
Post a Comment