Diri Kami

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.

Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.


Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita Nabi MUHAMMAD S.A.W

______________________________________________________

Kami dari kumpulan 7 menuntut di Politeknik Nilai mengucapkan Selamat Datang ke blog kami. Kami mempunyai empat orang penghuni dalam blog ini.


IZZFIZAM SHAH, LUKMAN HADI, IRFAN NA'IM dan MUHAMMAD RIDHA

Tuesday, 2 September 2014

KESAN-KESAN AKHBAR DAN MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KEBANGSAAN.


DARI SEGI POLITIK:

Dari segipoitik, penduduk Tanah Melayu mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu contohnya kuasa raja terbatas dari segi pentadbiran negara dan kedudukan raja setaraf dengan rakyat biasa cuma mereka hanya mempunyai dan menyimpanalat-alatkebesaran negara.Selainitu, merekamengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya terhadap penduduk Tanah Melayu. Seterusnya menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran di Tanah Melayu.hal ini merunsingkan pemikir-pemikir tanah air yang ingin membebaskan Negara dari jajahandantaklukanBritish.Justeru, menuntut Malay Administrative Service (M.A.S) diadakan untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan supaya dapat memberi peluangkepada orang melayuuntukmentadbirdan menguruskan hal ehwal negara. Oleh itu, menyeru Orang Melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan dan menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.


DARI SEGI EKONOMI :

Dari segi ekonomi ia menggalakkan syarikat-syarikat bekerjasama dengan orang Melayu meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan. Justeru ,dapat menggalakkan perniaga andalam kalangan penduduk di Tanah Melayu contohnya perniagaan perabot berasaskan kayu yang menjadikepakaran orang melayu pada masa itu.Pembesar-pembesar Melayu melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu supaya dapat mengekalkan hak-hak mereka. Seterusnya pembesar menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan supaya tidak menggadai tanah yang dimiliki contohnya mereka tidak digalakkan menjual tanah-tanah mereka kepada imigran-imigran luar .Pembesar-pembesar juga meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur sebagai pusat penempatan orang Melayu kerana ini dapat mengekalkan hak istimewa orang melayu itu sendiri.



DARI SEGI SOSIAL ATAU PENDIDIKAN :


Dari segi sosial atau pendidikan ianya dapat memajukan pendidikan tinggi orang Melayu serta menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.Seterusnya, menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dalam menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak di tanah melayu. Pendidikan juga dapat mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan contohnya pembinaan kapal, senjata-senjata dan hiasan istana. Oleh yang demikian, hal ini dapat mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan penduduk di tanahmelayu.Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.Seterusnya, menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam dalam mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment