PENGENALAN.
Akhbar memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri-negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu ini adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang Melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.
Diri Kami
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita Nabi MUHAMMAD S.A.W
______________________________________________________
Kami dari kumpulan 7 menuntut di Politeknik Nilai mengucapkan Selamat Datang ke blog kami. Kami mempunyai empat orang penghuni dalam blog ini.
IZZFIZAM SHAH, LUKMAN HADI, IRFAN NA'IM dan MUHAMMAD RIDHA
Thursday, 4 September 2014
Pengenalan: Peranan Akhbar dan Majalah
Wednesday, 3 September 2014
OBJEKTIF
KAJIAN
· * Mengetahui
peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan semangat kebangsaan.
...............................................................****************.......................................................
PERANAN PENGARUH AKHBAR DAN MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT
KEBANGSAAN.
DARI SEGI POLITIK
Dari segi politik,ia lahir dalam kalangan masyarakat
melayu ekoran tekanan daripada bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun
1920-an.Parti-parti politik telah ditubuhkan dan sebahangian besarnya
memperjuangkan konsep “Tanah Melayu untuk Orang Melayu”.Persatuan-persatuan
melayu disetiap negeri mula lahir dan kebanyakkannya mempunyai motif perjuangan
yang sama.Walaubagaimanapun,bagi golongan yang lebih radikal,mereka telah
menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 yang memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk “Melayu
Raya”.Perjuanagan KMM lebih kepada prinsip tidak berkerjasama dengan kerajaan
British.Namun,perjuangan KMM kurang mendapat sambutan kerana konsep
penyatuannya dengan Indonesiadianggap terlalu radikal dan sukar diterima oleh
orang melayu.Kesannya,semangat perjuangan yang diperjuangkan oleh parti-parti
politik ini didapati Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang melayu
untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
DARI SEGI EKONOMI
Dari segi ekonomi pula,perjuangan lebih bersifat sekular
dan tumpuan diberikan kapada kedudukan sosioekonomi orang melayu.Konsep
Pan-Islamisme semakin kurang dibangkitkan.Perjuagan ini lahir ekoran kesedaran
tentang masyarakat melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi dan politik
berbanding kaum lain.Perjuangan pada peringkat ini dipelopori oleh golongan
yang mendapat pendidikan melayu,terutama dari Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) yang dibuka pada tahun 1922 dan sebahagian golonga elit melayu yang
mendapat pendidikan inggeris.Seterusnya, perjuagan ini dilestarikan melalui
kelahiran kesatuan-kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura pada tahun
1926.Kesatuan ini berperanan memastikan orang Melayu tidak ketinggalan
memperoleh manfaat atas sebarangan pemodenan yang dilaksanakan oleh
kerajaan.Manakala, golongan yang berpendidikan Melayu pula telah menubuhkan
Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) pada tahun 1934 untuk memperjuangkan pemulihan
sosioekonomi orang Melayu.
DARI SEGI KEAGAMAAN
Dari segi keagamaan, nasionalisme Melayu di tanah Melayu
dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang berlangsung di Timur Tengah,
terutama di Turki dan Mesir pada hujung abad ke-19.Gerakan di Timur Tengah itu
dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan kumpulan penyokongnya ‘Al-Manar’ di
Kaherah.Kumpulan ini memperjuangkan konsep Pan-Islam iaitu pembebasan agama
Islam daripada fahaman kuno.Perjuangan ini juga, dikenali sebagai ‘Pembaharuan
Islam’ atau ‘Gerakan Wahabi’. Fahaman ini telah mempengaruhi pelajar-pelajar
Melayu disana yang dipimpin oleh Sheikh Tahir jalaluddin dan Syed Sheikh Ahmad
Al-Hadi. Mereka menggelar kumpulan mereka sebagai Kaum Mudah dan menerbitkan
beberapa buah majalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan dan Saudara atas tujuan
menyebarkan ideology-ideologi mereka. Melalui majalah-majalah ini, mereka
menyampaikan matlamat perjuangan mereka, seperti perlunya pembaharuan dan
mengkritik kelemahan kerajaan. Dalam majalah Al-Imam, Kaum Muda pernah
mengkritik pentadbiran British. Selain itu, Kaum Muda turut menggalakkan
masyarakat menubuhkan persatuan-persatuan untuk pembangun masyarakat, libelisasi
dalam pendidikan agama, kebebasan kaum wanitadan pemodenan. Namun, perjuangan
Kaum Muda mendapat tentangan Kaum tua yang terdiri daripada golongan elit
Melayu tradisional dan ulama. Fahaman mereka lebih konservatif dan agak sukar
menerima pembaharuan-pembaharuan yang diutarakan oleh Kaum Muda. Selepas tahun
1920-an, gerakan nasionalis orang Melayu mula berubah dan diambil alih oleh
golongan yang lebih sekular. Namun, tidak dinafikan perjuangan oleh Kaum Muda
sangat besar manfaat kepada masyarakat Melayu kerana Berjaya membangkitkan
kesedaran kebangaan dalam mengatasi kemunduran mereka berbanding dengan kaum
lain.
Tuesday, 2 September 2014
KESAN-KESAN AKHBAR DAN MAJALAH DALAM
MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KEBANGSAAN.
DARI SEGI POLITIK:
Dari segipoitik, penduduk Tanah Melayu
mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu contohnya kuasa
raja terbatas dari segi pentadbiran negara dan kedudukan raja setaraf dengan
rakyat biasa cuma mereka hanya mempunyai dan menyimpanalat-alatkebesaran negara.Selainitu,
merekamengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan
kepimpinan yang sewajarnya terhadap penduduk Tanah Melayu. Seterusnya menolak
dasar pilih kasih British dalam pentadbiran di Tanah Melayu.hal ini
merunsingkan pemikir-pemikir tanah air yang ingin membebaskan Negara dari
jajahandantaklukanBritish.Justeru, menuntut Malay Administrative Service
(M.A.S) diadakan untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
supaya dapat memberi peluangkepada orang melayuuntukmentadbirdan menguruskan
hal ehwal negara. Oleh itu, menyeru Orang Melayu bersatu dalam pertubuhan
kebangsaan dan menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.
DARI SEGI EKONOMI :
Dari segi ekonomi ia menggalakkan
syarikat-syarikat bekerjasama dengan orang Melayu meminta British mengurangkan
kemasukan orang dagang
kerana mengancam ekonomi tempatan. Justeru ,dapat menggalakkan perniaga andalam
kalangan penduduk di Tanah Melayu contohnya perniagaan perabot berasaskan kayu
yang menjadikepakaran orang melayu pada masa itu.Pembesar-pembesar Melayu
melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu
supaya dapat mengekalkan hak-hak mereka. Seterusnya pembesar menyeru orang Melayu
supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan supaya tidak menggadai tanah yang
dimiliki contohnya mereka tidak digalakkan menjual tanah-tanah
mereka kepada imigran-imigran luar .Pembesar-pembesar juga meminta British mewujudkan
kampung khas Melayu di Kuala Lumpur sebagai pusat penempatan orang Melayu kerana
ini dapat mengekalkan hak istimewa orang melayu itu sendiri.
DARI SEGI SOSIAL
ATAU PENDIDIKAN :
Dari segi sosial
atau pendidikan ianya dapat memajukan pendidikan tinggi orang Melayu serta
menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.Seterusnya, menyeru orang Melayu meninggalkan
sikap negatif seperti memilih kerja dalam menggalakkan tabungan di kalangan
orang Melayu untuk pendidikan anak-anak di tanah melayu. Pendidikan juga dapat
mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja
tangan contohnya pembinaan kapal, senjata-senjata dan hiasan istana. Oleh yang
demikian, hal ini dapat mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan
penduduk di tanahmelayu.Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan
memberikannya nilai ekonomi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dalam pentadbiran British.Seterusnya, menyeru orang Melayu supaya tidak
meninggalkan pendidikan Islam dalam mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat
Melayu di Tanah Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)